Tutup

#AWANIJr: Tak kenal maka tak cinta

Raja Muhd. Syakir Rosli, dibantu Sakinah Ridzuan, wartawan, serta Muhd.Rafeeq Daniel Latiff dan Muhd.Luqman Hadi Ibrahim,12, jurukamera dari B48 Channel TVPSS SK Batu 48,Dungun,Terengganu membawakan liputan sempena B48 Channel menyambut kedatangan dua orang jemputan khas dari Astro AWANI Network Sdn Bhd ke SK Batu 48. Kedatangan yang dinanti, apatah lagi En. Zaiful bin Ariffin, Pegawai Eksekutif Astro AWANI, merupakan bekas pelajar SK Batu 48 suatu masa dahulu. Ibarat sireh pulang ke gagang, beliau telah menaikkan semangat semua murid untuk lebih berusha memajukan diri dalam segala segi. YM Raja Hisyam bin Raja Zaid, Penerbit Astro AWANI telah berkongsi banyak perkara terutamanya mengenai impak positif murid-murid yang terlibat dalam bidang penyiaran. Terima kasih daun keladi kepada semua pihak, UPSP BTPN Terengganu, pihak Astro AWANI. serta PKG Seri Dungun. TVPSS terbukti idea hebat yang merupakan penyumbang besar kepada kemenjadian murid