Tutup

#AWANIJr: Taman mini dalam sekolah

Pihak TVPSS SK Paka II, Dungun Terengganu bersama wartawan SEPADU TV Hanan Raihanah Mohd. Zamany, 9 melaporkan tentang Program Taman Mini Dalam Sekolah yang dinamakan Taman Lestari Sepadu. Taman ini diilhamkan demi memupuk minat berfokuskan bidang pertanian dalam kalangan murid. Di samping itu juga, taman ini bertujuan untuk menceriakan kawasan sekolah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula. Istimewanya, taman ini juga mendapat suntikan semangat, sokongan dan bantuan dari Pejabat Pertanian daerah Dungun dan komuniti setempat.