#AWANIJr: Taman Permata Kami

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sk Tanjung Pati adalah kelas bagi murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Namun begitu mereka tetap berpotensi berdikari mengikut keupayaan masing-masing. Taman Permata ini adalah salah satu aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid PPKI sebagai satu terapi untuk potensi diri mereka. Kali ini kita bersama salah seorang murid PPKI SK Tanjung Pati iaitu adik Zukefli Rusli 14 tahun yang akan membawa kita melihat keindahan taman di sekitar Taman Permata PPKI SK Tanjung Pati.