#AWANIJr: Terapi minda dengan melukis

Mirrah Nashihin Akram atau Mia ( 13 tahun) dari SMK Sultan Sulaiman akan membawa kisah terapi minda dengan melukis.Apa yang menariknya Mia akan bersama Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu , Profesor Dato` Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar untuk mendapatkan pandangan beliau berkaitan melukis sebagai terapi. Jom kita sama sama menonton video yang menarik ini untuk melihat sejauh mana perlunya keseimbangan antara otak kiri dan otak kanan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.