#AWANIJr: Terasmilah sudah sudut AWANIJr kami

19 April 2018, SK Binjai sangat bertuah kerana berjaya menjemput YM Raja Hisham Raja Zaid iaitu penerbit AwaniJR sendiri datang menyempurnakan majlis perasmian sudut AWANIJR di SK Binjai, Kemaman Terengganu. Ikuti liputan yang telah dibuat oleh adik Nur Aisyah Amirah Muhamad Salim 11 tahun dan adik Wan Nur Amna Faqihah Wan Muhd Fadillah 11 tahun - kru My LB Channel, TV PSS SK BINJAI, Kemaman, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.