#AWANIJr: Tercipta Sejarah Orang Terengganu

Tanggal 29 Januari 2019 mencatat sejarah untuk seluruh rakyat Negeri Terengganu atas pelancaran buku Orang Terengganu Asal Usul, Arus Hidup dan Arah Tuju yang disunting oleh YB Prof. Muhammad bin Abu Bakar. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar. Kru BBTV Azzahra Muhammad Alief Daniel Mazlan,16, Siti Nazirah Mohamad Rozi,16 dan Tuan Nur Anis Hanani Tuan Kechik,16, berpeluang merakam detik bersejarah ini.