Tutup

#AWANIJr: Tetamu dari Selama

Selasa, 9 Julai 2019, Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel, NurAfiqah Auni Mohd Zaidy, 12, bersama-sama wartawan TVPSS SK Duyong, Hang Tuah Channel telah membuat liputan khas sempena Lawatan Penanda Aras Majlis Guru Besar Zon Selama Perak seramai 41 orang ke SK Duyong, Melaka. Objektif utama lawatan ini untuk memahami pelaksanaan "Research Based Learning" yang menjadi tunjang kemenjadian murid dalam kurikulum.Malahan mereka begitu kagum apabila krew TVPSS Hang Tuah Channel bersiaran tanpa guru di samping mereka. Hasil perkongsian ilmu ini, berjaya menambat hati para tetamu. Lawatan ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Majlis Guru Besar Negeri Melaka. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.