#AWANIJr: Titipan Terakhir KPP BTPNT

Pada 10 Januari 2019, warga SM Sains Hulu Terengganu telah menerima kunjungan daripada Tuan Haji Alias Talib, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Terengganu (BTPNT). Wartawan Nurwafa Syazrilimri, 15 dari TV PSS SM Sains Hulu Terengganu tidak melepaskan peluang untuk menemubual beliau yang akan bersara pada 8 Februari 2019. Temubual kali ini cukup eksklusif kerana turut disertakan titipan terakhir beliau yang amat bermakna kepada warga pendidikan.