#AWANIJr: Tsunami Oh Tsunami

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian tsunami yang berlaku di Palu, Indonesia. Ini mengingatkan kita kejadian tsunami yang pernah berlaku di Kota Kuala Muda, Kedah pada akhir tahun 2004. Adik A`isyah Humaira Abdul Rahim, 11 dari SKSI Eduwave TV, TV PSS SK Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu berpeluang berkongsi pengalaman melawat Galeri Tsunami, Kota Kuala Muda , Kedah. Banyak kesan yang terdapat di sana sehingga sekarang akibat daripada peristiwa Tsunami tersebut. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian tersebut. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.