Tutup

#AWANIJr: Tular Hantu Cekap Tenaga Ganggu Pengguna di Media Sosial

Pelbagai cara untuk menarik komuniti di dalam menggunakan tenaga secara cekap. Antaranya sebuah video hantu terbitan murid-murid SMK Paka telah menjadi tular di media sosial dalam masa yang singkat. Pastinya video hantu yang diterbitkan bertemakan guna tenaga secara cekap bagi menyahut cabaran Suruhanjaya Tenaga yang menganjurkan kempen tersebut. Mari kita bersama Tengku Nur Zulaikha Tengku Ismail, 16 dan Siti Aisyah Ameerah Mohd Sofian, 16, pengacara PK TV PSS SMK Paka, Dungun, Terengganu menemubual kru pembikinan dan reaksi penonton video hantu cekap tenaga tersebut.