#AWANIJr: Ucapan istimewa Menteri Belia dan Sukan

Pada 17 Februari 2019 yang lalu- kru My LB Channel TV PSS SK Binjai Kemaman, Terengganu telah berjaya menemuramah Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Stadium Mini Mak Chili Kemaman, Terengganu. Jom dengarkan apa kata beliau tentang TV PSS di Negeri Terengganu. Ikuti liputan yang telah dibuat oleh adik Nur Alia Qhadeeja Zawavi ,12- kru My LB Channel TV PSS SK Binjai, Kemaman, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.