#AWANIjr: Video dari SK Pulau Rusa

Sesungguhnya budaya membaca adalah amalan mulia. Justeru itu, Pusat Sumber Sekolah SK Pulau Rusa telah beroperasi pada cuti penggal pertama baru-baru ini.Ia sebagai satu langkah memperkasakan program Nilam dikalangan murid SK Pulau Rusa. Bersama Pengacara Nurin Natasya Ahmad Hazlan, 11, dari TV SERUSA, SK Pulau Rusa, Kuala Terengganu, melaporkan untuk AWANI Junior. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.