#AWANIJr: Video Penilaian Kepimpinan TMK Kebangsaan 2019

Tuan Haji Ahmad Shahdan Ishak selaku Tuan Guru Besar SK Pendidikan Khas Kuala Terengganu telah terpilih sebagai calon Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat & Komunikasi Peringkat Kebangsaan 2019. Penilaian anugerah tersebut telah berlangsung pada 4 April 2019 dan dinilai oleh dua orang panel penilai iaitu Dr. Suhaimi Kadir daripada Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan, KPM dan Tuan Haji Zakaria Mahzan daripada Jemaah Nazir Jaminan Kualiti, KPM. Wartawan cilik SpeEd TV, TV PSS SK Pendidikan Khas Kuala Terengganu, Terengganu, Alya Maisarah Nuzan, 11 ada laporannya. Selamat menonton. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.