Tutup

#AWANIJr: Waris Hang Tuah diiktiraf

Pemilihan silat seni sebagai kebitaraan Sekolah Kebangsaan Duyong, Melaka tidak dapat disangkal lagi. Pasukan Silat Seni SK Duyong bersama SMK Munsyi Abdullah telah membantu Pasukan Silat Seni Negeri Melaka merangkul Juara Keseluruhan Pertandingan Silat Seni Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 12-14 September di Manjung, Perak. Malahan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka turut mengiktiraf kejayaan ini dengan berkongsi kejayaan Pasukan Silat Seni Negeri Melaka dalam Perhimpunan Bulanan JPN buat pertama kalinya setelah 5 tahun Silat Seni menyumbang dalam kemenjadian murid di SK Duyong,Melaka. Detik ini dirakamkan oleh Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel NurAfiqah Auni Mohd Zaidy,12 bersama jurukamera Hang Tuah Channel Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul-Izwan,11 di Dewan Bestari, JPN Melaka.