#AWANIJr: Watikah Kepimpinan: Satu Amanah Bukan Satu Anugerah

Menerima Watikah Pelantikan Kepimpinan merupakan satu amanah besar yang perlu digalas. SMKA Kuala Abang telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Kepimpinan Murid bagi tahun 2019 pada 24 Januari baru-baru ini sekaligus bersama Pelancaran Program SUMUR 2019. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Hj. Ahmad Saufi bin Mahmud, Penyelia Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Dungun. Bersama Nurul Fatin Mohd Saleh Amri, 16, Pengacara TV Abqori, PSS SMKA Kuala Abang, Dungun, Terengganu yang berada di lokasi membuat liputan majlis tersebut. Sama-sama kita saksikan.