#AWANIJr: Women Quran Hour

Al-Quran merupakan kitab suci umat Islam yang telah diturunkan dalam bulan Ramadhan. Pada 31 Mei 2019 bersamaan 26 Ramadhan 1440, Kerajaan Negeri Terengganu telah berbesar hati menganjurkan Women Quran World yang diadakan di perkarangan Madinah Ramadhan, Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Program tersebut telah menarik lebih 300 peserta wanita dan pelbagai atur cara telah diadakan seperti bacaan surah Al-Kahfi, Tadabbur surah Al-Kahfi dan Street dakwah.