#AWANIJr: XPDC Kayak Sg. Cherul

Episod istimewa kali ini menampilkan Nor Athirah 16, pengacara Ceneh Baru Channel TV PSS SMK Ceneh Baru, Kemaman, Terengganu membuat liputan di Ekspidisi Berkayak SMK Ceneh Baru pada 20 April 2019. Aktiviti ini disertai oleh 25 orang pelajar dan 13 orang guru dan berkayak merentasi Sg. Cherul, Terengganu. Jom kita saksikan aktiviti yang menarik ini. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.