#AWANIRangers: Anak muda Johor temui menteri suarakan pandangan

Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn (IKLAS) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menganjurkan program 'Townhall Malaysia Baharu: Aspirasi dan Harapan Anak Muda' yang diadakan pada 28 September lalu bertempat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Pegawai tadbir IKLAS, Atashaa' Farihin berkata objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada rakyat khususnya anak muda untuk berjumpa dengan menteri secara terus dan menyuarakan pandangan mereka dalam membentuk Malaysia baharu. Hadir menyempurnakan program ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar. Laporan disediakan oleh AWANI Rangers UTHM, Sherenna Ghazali, Syafiza Atiqah, Syahirah Izzati dan disunting oleh Suriayati Baharom. AWANI Rangers merupakan inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden