Tutup

#AWANIRangers: CE UPM EXPO: Platform melahirkan usahawan kompetitif

CE UPM EXPO 2019 telah berlangsung di Dewan Besar PKKSSAAS Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 24 hingga 25 April 2019 dimana program ini dapat melatih usahawan bagi membentuk dan membimbing para belia dengan kerjasama pakar industri dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan yang kompesitif dan bersedia ke pasaran global serta menjadi pencari kerja yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa. Laporan ini disediakan oleh Hani Halim, AWANI Rangers UPM. AWANIRangers ialah inisiatif terbaharu Astro AWANI dan berfungsi sebagai platform buat mahasiswa dan mahasiswi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.