#AWANIRangers: Inspirasi Kelab Revolusi Usahawan UPM

Cit Cat Putra FM bersama selebriti Zur Eda, Aiman Tino dan Izzmad Harun merupakan ikon Kelab Revolusi Usahawan semalam, 5 Mac 2019 di Radio Putra FM Universiti Putra Malaysia. Zur Eda merupakan ikon usahanita, Aiman Tino ikon E. Care dan Izzmad Harun sebagai ikon keusahawanan. Mereka berkongsi dan mempromosikan agenda keusahawanan dengan harapan golongan belia di luar sana yakin dan percaya untuk menceburi bidang keusahawanan. *Laporan ini disediakan oleh Ezzaty Azhari, Awani Rangers dari Universiti Putra Malaysia (UPM).