#AWANIRangers: Menjana Keusahawanan Pelancongan di UMK

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan dan KB Mall menganjurkan Karnival Inovasi Pelancongan Kebudayaan, Kraftangan dan Warisan UMK beserta Promosi Kraftangan Malaysia. Objektif program ini diadakan antaranya bagi meningkatkan pengetahuan mengenai warisan sejarah, budaya dan alam semulajadi negara. Mahasiswa dan mahasiswi UMK dari Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) mempamerkan idea-idea inovasi mereka yang berkaitan dalam bidang pelancongan, warisan, sejarah dan budaya Malaysia yang kreatif dan inovatif. Laporan disediakan Nurul Hazirah Ismail, AWANI Rangers Universiti Malaysia Kelantan, UMK. AwaniRangers ialah inisiatif terbaharu Astro AWANI dan berfungsi sebagai platform buat mahasiswa dan mahasiswi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.