#AWANIRangers: Parlimen Mahasiswa UTHM martabatkan dwi bahasa

Buat julung kalinya UTHM merupakan MTUN yang pertama mewujudkan Parlimen Mahasiswa akan memartabatkan dwi bahasa semasa persidangan itu yang diakatan oleh Naib Canselor UTHM PROF. Ts. Dr. WAHID BIN RAZZALY dan antara usul yang diketengahkan pada sidang pertama untuk Kluster Pembangunan Mahasiswa Siswa dan Sukan ialah untuk menubuhkan E-Sport di UTHM di mana ianya boleh dijadikan sebagai satu platform untuk pemain-pemain mobile games yang merupakan satu ketagihan anak muda zaman sekarang ini. Selain itu juga, satu inisiatif untuk memberikan yuran pengajian percuma selama 2 semester telah dikemukakan bagi mahasiswa mahasiswi yang mewakili Universiti dalam peringkat kebangsaan. Ia bertujuan untuk menarik minat mahasiswa untuk bersama-sama menaikkan nama universiti di peringkat kebangsaan mahupun global. Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Afiq Ayub dan Shereena Samad dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan sumbangan ulasan oleh Anbia Adam. AWANIRangers ialah inisiatif terbaharu Astro AWANI dan berfungsi sebagai platform buat mahasiswa dan mahasiswi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.