#AWANIRangers: Pelajar UMP teruja dengan pelancaran Polisi Hijau

Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah dilancarkan oleh Prof. Datuk Seri Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor UMP selepas berlangsungnya Majlis Amanat Naib Canselor pada 19 Februari yang lalu . Gimik pelancaran telah dijayakan oleh Kelab Ecosiswa UMP @ Kelab Alam Sekitar Lestari . Pelancaran ini seiring dengan kejayaan UMP yang telah berjaya menempatkan diri diri di kedudukan ke-97 terbaik dunia dan keenam di Malaysia di dalam Penarafan UI GreenMetrics World University Ranking 2018.