#AWANIRangers: Peluang merasai pengalaman mempertahankan negara

PALAPES merupakan badan beruniform yang menguji ketahanan fizikal dan juga mental. Hal ini merujuk kepada kepelbagaian aktiviti yang telah diadakan oleh penganjur PALAPES antaranya adalah latihan Inokulasi Tentera yang menguji ketahanan fizikal. Kepantasan pergerakan oleh kadet dalam mengharungi latihan Inokulasi Tentera sehingga kegarisan penamat adalah amat membanggakan. * Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Titi Aryani dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). **Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.