#AWANIRangers: Perasmian Kelab Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah UMK

Unit Pencegahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan program Kelantan FIT 2018 pada 15 November 2018. Program tersebut telah disertai seramai 100 orang pelajar dari pihak Jabtaan Belia dan Sukan serta AMAR Universiti Malaysia Kelantan. Antara aktiviti yang dilakukan ialah aktiviti senamrobik dan juga aktiviti walkabout dimana para peserta dan pegawai SPRM turun padang dan berkempen kepada komuniti sekitar Kelantan dengan memberi kesedaran tentang bahayanya rasuah pada individu, masyarakat dan juga negara. Laporan disediakan AWANI Rangers UMK, Nur Syukrina Zakaria dan Muhammad Amirul Che Doi. AwaniRangers ialah inisiatif terbaharu Astro AWANI dan berfungsi sebagai platform buat mahasiswa dan mahasiswi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.