#AWANIRangers: Perutusan Naib Canselor UPM 2019

Perutusan Naib Canselor 2019 berlangsung di Dewan Besar Sultan Salahudin Abdul Aziz Universiti Putra Malaysia pada 15 Februari lalu yang disampaikan oleh Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris kepada Pensyarah, Staf, dan juga Pelajar UPM. Antara lain, Dr Aini menggariskan aspirasi yang bakal digerakkan sehingga tahun 2025 selaras dengan kejayaan UPM setelah mendapat tempat sebagai universiti ke-4 terbaik Asia Tenggara. * Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Afiq Latif dari Universiti Putra Malaysia (UPM). **Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.