#AWANIRangers: Ranking universiti perlu diperkemas dengan maklumat yang lengkap

Susulan keputusan ranking universiti Asia yang dilaporkan baru-baru ini, AWANI Rangers UPM ada mendapatkan respon pengajar di peringkat Pra Universiti tentang bagaimana kesan ranking kepada pilihan sambungan pengajian oleh pelajar. Laporan oleh Eka Syazwani S Roslee, AWANI Rangers UPM. Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden. AwaniRangers UPM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Putra Malaysia.