Tutup

#AWANIRangers: Semurni Kasih Bersama SISKOR UTHM santuni penduduk kampung

Badan beruniform Siswa Siswi Koreksional (SISKOR) Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program khidmat komuniti "Semurni Kasih Bersama SISKOR UTHM" bertempat di Kampung Bandar Baru Dato' Ibrahim Majid, Simpang Renggam pada 26 hingga 27 April lalu. Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mempupuk ukhwah dalam kalangan pelajar UTHM dan masyarakat setempat. Hal ini selaras dengan hasrat Timbalan Naik Canselor (HEPA), Profesor Madya Dr Afandi Ahmad yang menginginkan badan beruniform menjalinkan hubungan erat bersama komuniti dengan mengadakan program berbentuk khidmat masyarakat dan pemindahan ilmu. Program ini diadakan bertujuan memupuk kesedaran pelajar tentang peranan mereka bukan sekadar di sekitar ruang lingkup kuliah malah sebagai agen penggerak masyarakat dalam kerja-kerja kesukarelawan. Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya aktiviti pemindahan ilmu yang dinamakan ?Simulator Controller,? ?Sport Motion Capture System? dan ?Art Therapy.? Laporan disediakan oleh Titi Aryani. Disunting oleh Suriayati Baharom. AWANIRangers ialah inisiatif terbaharu Astro AWANI dan berfungsi sebagai platform buat mahasiswa dan mahasiswi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.