#AWANIRangers: Sultan Johor kurnia pesawat Amphibious kepada UTHM

Bersempena kemuncak sambutan ulang tahun Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang ke-25, universiti ini telah mengadakan Majlis Titah Tuanku Canselor pada 20 September lalu bertempat di Dewan Sultan Ibrahim (DSI), kampus induk. Majlis ini diadakan sebagai platform untuk Tuanku Canselor menyampaikan amanat, kehendak dan pandangan baginda untuk dikongsi bersama warga universiti dan penduduk negeri Johor Darul Ta?zim khususnya. Dalam majlis tersebut, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar selaku Canselor UTHM berkenan untuk mengurniakan pesawat jenis Amphibious buatan Amerika Syarikat iaitu Lake Renegade LA-270 kepada UTHM. Laporan oleh AWANI Rangers UTHM, Titi Aryani Togio