#AWANIRangers: Townhall bersama Syed Saddiq di UPM

Sesi pendengaran awam (Town Hall Session) belia dan kepimpinan sukan disampaikan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia berlangsung di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. Sesi pendengaran awam ini memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk meningkatkan kesedaran dan mendapatkan input mengenai belia dan kepimpinan sukan serta meyakinkan orang awam atas usaha dan perancangan dalam memartabatkan akademik sukan serta mendapat sokongan yang positif daripada orang awam. *Laporan ini disediakan oleh Afiq Latif juruvideo, Hafizah Azhar Awani Rangers dari Universiti Putra Malaysia (UPM).