#AWANIRangers: Ucapan Selamat Hari Raya dari Awani Rangers

Barisan pelajar Malaysia di bawah tajaan TAG-AIMS melanjutkan pengajian ke University of Tsukuba Japan selama 6 bulan dan berpeluang untuk menyambut hari raya di perantauan serta berjauhan dari kerluarga dan sanak saudara. Mereka berharap semoga lebaran kali ini memberi makna serta cahaya baru dalam diri umat islam khususnya. Malah, AWANI Rangers Universiti Malaysia Pahang juga tidak ketinggalan membuat ucapan Salam Aidilfitri. Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.