#AWANIRangers: UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri

UMP adalah universiti pertama dalam kalangan universiti teknikal (MTUN) berjaya berada pada kedudukan 188 terbaik di Asia dalam QS University Ranking Asia: 2019. Universiti juga memperoleh penilaian lima bintang untuk kriteria Pengajaran dan Pembelajaran dalam Sistem Penilaian Quacquarelli Symonds (QS) Stars Rating 2018 selain tersenarai subjek Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan di universiti ini berada dalam kelompok 251-300 terbaik dunia. Amanat Naib Canselor 2019 menjadi titik tolak penting dalam menjayakan UMP ke dimensi baru yang menekankan aspek keusahawanan. AwaniRangers ialah inisiatif terbaharu Astro AWANI dan berfungsi sebagai platform buat mahasiswa dan mahasiswi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.