#AWANIRangers: UTHM Prihatin: Bantuan Musola kepada Pelarian Rohingnya

Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) telah menganjurkan larian amal pada 17 November lalu bagi mengumpul sumbangan untuk disalurkan kepada pelarian Rohingnya melalui team sukarelawan yang akan pergi ke negara bergolak tersebut. Pasukan Sukarelawan yang terdiri daripada alumni UTHM itu mula melibatkan diri dengan misi bantuan kemanusiaan seumpama itu sejak setahun yang lalu kerana rasa keprihatinan yang tinggi dalam diri mereka. Menyedari ramai pelarian di sana hidup dalam serba kekurangan dan memerlukan bantuan, pasukan sukarelawan yang terdiri daripada empat sekawan itu mula mencari pelbagai alternatif untuk mengutip dana. AwaniRangers ialah inisiatif terbaharu Astro AWANI dan berfungsi sebagai platform buat mahasiswa dan mahasiswi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.