Ayam rendang Zaleha berjaya 'satukan' Malaysia

Sering kali kita biasa dengar bahawa sukan dan makanan mampu menyatukan rakyat Malaysia. Ternyata ia terbukti apabila kisah tukang masak Zaleha Kadir Olpin yang tersingkir daripada pertandingan Masterchef UK kerana ayam rendangnya tidak rangup dan garing mendapat tumpuan di hati masyarakat. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata dalam suasana panas menuju Pilihan Raya Umum, ramai mudah terlupa mengenai titik persamaan yang menyatukan rakyat Malaysia.