Tutup

Azmin akan bekerjasama dengan Rafizi untuk PRU ke-15

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetap akan bekerjasama dengan Rafizi Ramli seandainya bekas ahli Parlimen Pandan itu tidak memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR yang direbut mereka berdua. Selain itu jelas Timbalan Presiden PKR itu, Rafizi juga dipercayai akan diberi peranan untuk memperkukuhkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.