Azmin akan turun padang beri sokongan pada PRK DUN Semenyih

Menteri Hal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan turun padang berkampung di Semenyih sebagai tanda sokongan kepada pengundi di DUN berkenaan. Bekas Menteri Besar Selangor ini akui, walaupun masih belum sihat sepenuhnya, DUN Semenyih, terletak dalam Selangor amat dekat di hatinya.