Azmin belum terima cadangan nama CEO baharu FGV

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan masih belum terima sebarang cadangan nama individu yang berpotensi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu FGV Holdings Bhd (FGV). Tegas Azmin beliau juga tidak tahu bila FGV akan kemukakan cadangan itu.