Azmin lawat keluarga Allahyarham Aminulrasyid

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melawat keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak anggota polis enam tahun lalu di kediamannya di Seksyen 11 Shah Alam. Beliau tiba di kediamannya sekitar jam 5 petang jumaat dan meluangkan masa selama setengah jam bagi menemui keluarga allahyarham.