Azmin perlu bersabar - Mursyidul Am Pas

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menasihatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan video seks supaya bersabar menempuh dugaan. Di sebalik pelbagai kecaman yang dilontarkan PKR terhadap Pas sebelum ini, namun Hashim mengambil pendekatan yang berjiwa besar dengan memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada Timbalan Presiden PKR itu.