Tutup

Azmin tidak pernah "call" saya - Mukhriz

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata pihaknya tidak pernah menerima sebarang panggilan atau berjumpa dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membincangkan penyertaan Timbalan Presiden PKR itu ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Timbalan Presiden Bersatu itu turut berkata, beliau enggan mengulas tentang perkara yang disifatkannya sebagai spekulasi.