Badan kebajikan perlu perbanyakkan tempat agihan makanan gelandangan

Badan kebajikan yang memberi sumbangan makanan kepada gelandangan perlu memperbanyakkan tempat agihan agar tidak berlaku pembaziran. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata isu pembaziran makanan oleh gelandangan sepatutnya tidak seharusnya berlaku walaupun bukan ketika bulan puasa. Untuk mendapatkan perinciannya kita bersama wartawan Afiezy Azaman di Parlimen yang mengikuti perkembangan mesyuarat pertama penggal kedua Majlis Parlimen ke-14 Dewan Negara.