Tutup

Bagi ruang untuk semua pihak berkempen

Walaupun akur dengan peruntukan undang-undang mewajibkan permohonan permit untuk berkempen, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar diberi kelonggaran sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan pertimbangan itu perlu memandangkan semua jentera, baik Pakatan Harapan, Barisan Nasional, mahupun calon lain, perlu berjumpa masyarakat seramai mungkin untuk meraih undi.