Bahas PPM 2018: MCKK bawa semangat 2014

Malay College Kuala Kangsar (MCKK) sekali lagi bakal berentap pada pertandingan akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-45/2018 antara sekolah-sekolah berasrama penuh tahun ini. Pada edisi kali ini, MCKK berjaya melayakkan diri dalam dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Debat itu akan menyaksikan pertembungan di antara pembahas dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya bagi kategori Bahasa Melayu dan Sekolah Seri Puteri Cyberjaya bagi Bahasa Inggeris.