Bahas PPM 2018: MCKK mahu ulangi kemenangan berganda

Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sekali lagi bakal berentap pada pertandingan akhir bahas Piala Perdana Menteri ke-45/2018 antara sekolah-sekolah berasrama penuh tahun ini. Edisi kali ini, MCKK melayakkan diri dalam kedua-dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. MCKK bakal bertemu Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dalam kategori Bahasa Melayu dan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dalam kategori Bahasa Inggeris.