Video  |  Malaysia

Baitulmaqdis: Pemuda UMNO hantar bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

Pergerakan Pemuda UMNO akan menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di sini berhubung tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel. Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda UMNO memandang serius isu berkenaan dan beliau sendiri akan mengetuai rombongan menghantar bantahan tersebut selepas solat Jumaat.