Tutup

Baju milik Allahyarham Datuk Dr Haron Din cecah RM3500 ketika dilelong

Sepersalinan baju melayu berwarna hijau milik bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din mencapai harga RM3,500 ketika dilelong dalam satu acara kelolaan parti itu semalam. Dana yang diperoleh daripada jualan tersebut akan digunakan bagi tujuan kempen pilihan raya umum ke-14 nanti.