Bakar kereta mufti: Peniaga pasar malam mengaku tidak bersalah

Seorang peniaga pasar malam dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kangar atas tuduhan membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Mac lalu. Tertuduh Mohd Azimar Abd Razak, 36 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.