Bakar sampah terbuka, 1,000 penduduk M Residence terkesan

Kira-kira seribu penduduk di 'M' Residence Rawang diserang asap tebal selepas beberapa kawasan belukar berdekatan terbakar pada Jumaat. Ia disyaki berpunca dari pembakaran terbuka yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.