Balai Bomba Kapar rai anggota yang tidak pulang beraya

Ketika umat Islam sibuk dengan persiapan menyambut lebarab bersama keluarga tercinta anggota pasukan bomba dan penyelamat pula terpaksa meletakkan keluarga di belakang, demi mengutamakan tugasan. Rata-rata mereka terpaksa bertugas sepanjang Aidilfitri. Bagi memastikan suasana Hari Raya dirasai anggota bomba yang bertugas, Balai Bomba dan Penyelamat Kapar meraikan kira-kira 30 anggotanya dengan mengadakan majlis persiapan jamuan Hari Raya, pada Isnin.