Baling isteri dengan papan luncur, mekanik dihukum penjara 12 bulan

Padah memukul isteri menggunakan papan luncur dan melempar kereta roda mainan seorang mekanik dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. Keputusan itu dibuat selepas tertuduh Abdul Hafiz Man,33 tahun mengaku bersalah ketika pertuduhan di bacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.